GajetUlasan

Nintendo Switch OLED akan mula dijual pada 8 Oktober 2021 dengan harga RM1,699

Konsol ‘gaming mudah alih baharu, Nintendo Switch OLED telah pun diperkenalkan secara antarabangsa pada bulan Julai lalu dan kini para peminat Nintendo di Malaysia boleh menantikan peranti tersebut boleh mendapatkannya bermula hari Jumaat, 8 Oktober 2021.

Nintendo Switch OLED akan mula dijual pada harga RM1,699. Walau bagaimanapun, setakat ini masih tiada maklumat tentang senarai kedai di Malaysia yang akan menawarkan peranti tersebut.

Selain Malaysia, peranti ini akan turut dilancar pada hari yang sama di Filipina dan Singapura. Nintendo Switch OLED menampilkan beberapa penambahbaikan daripada Switch asal, seperti skrin OLED berukuran 7 inci, storan 64GB, mutu audio yang lebih jelas dan sokongan untuk kabel Ethernet LAN. – SM

Kredit : Gamerbraves

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button