Berita GajetGajetTeknologiUlasan

PERHATIAN!: Storan tanpa had percuma untuk Google Photos akan ditamatkan

Bermula dari 1 Jun 2021 bayaran akan dikenakan untuk penggunaan storan melebihi 15GB

Pada tahun lepas Google telah mengumumkan yang mana mereka akan mula hentikan penawaran storan tanpa had secara percuma di Google Photos.

Untuk makluman, Google Photos sedia menawarkan storan tanpa had, untuk resolusi “berkualiti tinggi”, dan tidak mengira ia terhadap storan 15GB yang ditawarkan percuma di Google Photos. Namun, bermula 1 Jun 2021 ini, ia akan berubah, dan semua pengguna akan dihadkan kepada storan percuma 15GB sahaja di Google Photos.

Langkah perubahan ini adalah dalam usaha Google untuk meningkatkan pelanggan perkhidmatan Google One yang menawarkan storan tambahan pada harga langganan bulanan.

Apa pun, untuk para pengguna sedia ada yang telah memuat-naik gambar dan video ke Google Photos, perubahan ini tidak akan memberikan impak terhadap kiraan storan 15GB percuma anda. Jadi, mungkin untuk bulan Mei ini, anda masih boleh memuat-naik pelbagai gambar dan video anda untuk storan percuma. Google hanya akan mulakan kiraan untuk muat-naik bermula 1 Jun nanti. Jadi anda disarankan supaya mengemaskini storan Google Photos jika jumlah penggunaannya melebihi 15GB.

Google menyasarkan storan 15GB percuma ini mampu membolehkan pengguna menyimpan dan memuat-naik gambar ke Google Photos untuk tempoh sehingga 3 tahun tanpa perlu membayar. Di Malaysia, pelan Google One ditawarkan pada harga bermula RM8.49 sebulan untuk storan 100GB.

Walaupun begitu, Google masih lagi beruasaha menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan storan awan mereka dengan menaik taraf pengalaman penggunaan aplikasi tersebut.

Terkini, Google memperkenalkan butang simpan gambar baharu pada Gmail. Setiap emel yang diterima pengguna dan dibuka menggunakan Gmail, gambar JPEG yang dikesan boleh sahaja terus disimpan ke Google Photos. Pengguna akan melihat pilihan butang ‘Save to Photos’. Butang ini akan berada di sebelah butang ‘Add to Drive’. Menurut Google, melalui penawaran ini pengguna tidak lagi perlu membuat sandaran imej daripada emel secara manual menggunakan Google Photos. – SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button