Neelofa berniqab dan bertunang, Erra Fazira kahwin mengejut, senyuman Mimi Lana
NEELOFA, NIQAB, TUNANG, SUAMI MUDA
Memang jadi tumpuan betul selebriti yang seorang ini iaitu Neelofa atau sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor pada minggu ini.
Mula-mula menjadi tumpuan kerana penampilan baharunya daripada bertudung ke berniqab. Selepas itu isu bertunang pula.
Belum reda dengan soal pertunangan bersama pendakwah selebriti, Pencetus Ummah Riz (PU Riz), muncul pula isu jarak umur antara mereka berdua.
Ada mulut-mulut yang tidak senang dengan Neelofa yang berjodoh dengan lelaki yang jauh lebuh muda daripadanya.
Apa-apa pun, Neelofa sudah mencapai apa yang ingin dihajatinya. Dunia seni, dunia perniagaan. Keduanya-dua menempatkan dia di tempat yang tinggi.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Neelofa dan semoga ikatan pertunangan itu harapnya akan diteruskan ke jenjang pelamin dan terus berdua hingga ke hujung hayat.
BACA> Dulu Neelofa nafi bercinta, tiba-tiba dah bertunang?
BACA> Jarak umur Neelofa dan PU Riz dipertikai, Rosnah Mat Aris tetap bahagia
BIAR BETUL ERRA FAZIRA DAH KAHWIN?
Ramai sebenarnya yang terkejut dengan pengumuman berita berkenaan perkahwinan Erra Fazira.
Manakan tidak, tiada khabar angin, tiba-tiba sahaja sudah dilaporkan bernikah. Malah, berita itu pula diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Rupanya wanita yang berkahwin itu bukalah pelakon filem Maria Mariana seperti yang disangka, sebaliknya nama pengantin wanita itu sahaja yang sama.
Sebenarnya, bukan peminat sahaja yang terkejut. Erra Fazira sendiri terkejut dengan laporan berita berkenaan.
Memang kelakar dibuatnya dek kerana status yang dimuat naik Dr. Zulkifli. Tapi kalau lepas ini Erra betul-betul dah berkahwin, janganlah lupa beritahu pula ya.
BACA> Menteri Agama hadir majlis pernikahan Erra Fazira
LAGI ARTIS DIPANGGIL SPRM ANTARANYA NABIL DAN MARK ADAM
Tidak habis lagi siasatan berkenaan isu Macau Scam yang sebelum ini menjadi tumpuan kerana melibatkan selebriti tempatan.
Selepas beberapa selebriti termasuk pelawak dan pemilik kafe minuman, Shuib. Rupanya Nabil dan Mark Adam juga telah dipanggil SPRM.
Menariknya, Nabil dan Mark Adam juga sebenarnya ada kaitan dengan kafe minuman yang dimiliki Shuib.
Tetapi, kedua-duanya tidaklah ditahan sebaliknya hanya dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan kes.
BACA> Menteri Agama hadir majlis pernikahan Erra Fazira
TAHNIAH AYDA JEBAT DAN NABIL MAHIR
1 Januari 2021 nampaknya bakal menjadi hari bersejarah buat pasangan ini kerana mereka bercadang untuk melangsungkan perkahwinan.
Alhamdulillah, akhirnya Ayda dan Nabil bakal bergelar suami isteri. Bukan apa, ramai orang bawa mulut sebenarnya.
Ada yang kata Ayda dan Nabil tinggal bersama kerana kerap memuat naik video bersama di dalam rumah.
Padahal dalam rumah itu sebenarnya ada sahaja ahli keluarga yang lain. Orang kalau tak puas hati, memang macam-macam cerita akan dibuat.
Tinggal lagi beberapa bulan sahaja tarikh perkahwinan Ayda dan Nabil. Teringin juga nak tengok majlis perkahwinan selebriti ketika pandemik Covid-19 melanda.
BACA> Antara pengumuman bajet 2021 dan tarikh kahwin Ayda Jebat
BACA> Ayda Jebat, Nabil Mahir umum nikah pada 1 Januari
MIMI LANA, JANGAN SENYUM PADA SUAMI SAYA!
Hanya kerana memegang watak sebagai seorang wanita yang ingin merampas suami orang, Mimi Lana tidak hanya dibenci dalam drama, tetapi juga diluar.
Mimi telah ditegur oleh seorang wanita supaya tidak melemparkan senyuman kepada suaminya.
Kelakar pula bila baca kisah Mimi ini. Tetapi kisah pelakon dibenci kerana watak yang dibawa bukanlah sesuatu yang baharu.
Malah, sebelum ini pun ada sahaja pelakon yang dimarah secara tidak semena-mena di luar set pengambaran. Ada juga yang siap kena ludah!
Apa-apa pun, dengan kejelitaan yang dimiliki Mimi, mana-mana wanita yang bergelar isteri pun akan rasa tergugat bila senyuman itu dilemparkan ke suami mereka. Ooops.
BACA> Mimi Lana kena tegur sebab tengok suami orang