
Sarah Yasmine tuntut RM875,000 dari Aliff Aziz kes khalwat bersama Ruhainis
PERTELINGKAHAN antara selebriti Singapura, Sarah Yasmine, dan pelakon terkenal, Aliff Aziz nampaknya terus berlanjutan tanpa tanda penyelesaian.
Terbaharu, Sarah telah berkongsi satu surat tuntutan (Letter of Demand) yang dihantarnya kepada Aliff berhubung kes ‘khalwat’ yang pernah menggemparkan dunia hiburan tahun lalu.
Sarah Yasmine Tuntut RM875,000 dari Aliff Aziz
’ yang pernah menggemparkan dunia hiburan tahun lalu.
Difahamkan, tuntutan ini dibuat selepas Aliff Aziz mengaku bersalah di mahkamah pada 21 Februari 2025 atas pertuduhan berdua-duaan dengan seorang pelakon Malaysia.
Menurut Sarah, pengakuan tersebut sekali gus mengesahkan dakwaannya sebelum ini mengenai hubungan sulit yang pernah dikongsinya kepada umum. Dalam kapsyen hantaran yang dimuat naik, Sarah menulis “Told you guys, the truth will surely win”, seolah-olah memberi bayangan bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepadanya.
Menerusi surat tuntutan itu, Sarah turut mendedahkan bahawa Aliff sebelum ini telah memfailkan tuntutan Perlindungan Akta Gangguan (POHA) terhadapnya dan berjaya mendapatkan Perintah Perlindungan Segera (EPO) pada 29 April 2024. Namun, menurutnya, tindakan undang-undang tersebut adalah tidak berasas serta bertujuan menutup mulutnya.
Lebih mengejutkan, Sarah menuntut pampasan sebanyak S$250,000 (RM875,000) daripada Aliff, yang perlu dijelaskan dalam tempoh tujuh hari ke dalam akaun banknya.
Dengan lantang, Sarah menyatakan bahawa ini hanyalah permulaan dan dia tidak akan berdiam diri lagi selepas setahun menanti momen ini.