Hiburan

Babak Berani Vanidah dan Faizal Dalam Bidaah Dikecam

DRAMA  Bidaah kini menjadi topik perbualan hangat apabila satu adegan melibatkan pelakon Vanidah Imran dan Faizal Hussein mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Sebuah video yang dikongsi di TikTok menunjukkan babak di mana Vanidah menggunakan kakinya untuk menyentuh janggut Faizal ketika di atas katil, mengundang pelbagai kritikan daripada penonton.

Ramai yang berpendapat adegan seperti itu tidak wajar ditayangkan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan, kerana tidak sesuai untuk tontonan umum.

Selain itu, netizen juga meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kandungan berunsur tidak senonoh dalam drama tempatan dan menggesa agar industri hiburan lebih peka dalam menghasilkan karya berkualiti.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kreativiti pengarah tempatan, mendakwa terlalu banyak elemen sensasi digunakan sehingga jalan cerita yang bermutu semakin berkurangan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button