fbpx
Politik

Najib sanggah Kit Siang “dua doktor PH pun menidakkan ancaman Covid”

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyanggah Lim Kit Siang yang masih cuba menegakkan benang basah membela Pakatan Harapan (PH) dalam menangani penularan COVID-19 dengan meminta Penasihat DAP itu cermin tindak tanduk awal pemimpin-pemimpin PH yang menidakkan ancaman pandemik itu.

Ia susulan kenyataan Penasihat DAP itu dalam blognya beberapa hari lepas yang mengatakan “Jika bukan kerana Langkah Sheraton dan krisis politik yang berlaku, Malaysia mungkin tidak akan berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 dan tidak perlu melalui PKP dan PKPB yang membawa kesan buruknya terhadap nyawa dan kehidupan”.

“Bukti adalah ucapan dari awal menidakkan COVID-19 sebagai ancaman serius.

“Iaitu kenyataan Tun Dr. Mahathir, Wan Azizah, Dr. Dzulkefly Ahmad, Lim Guan Eng, menteri pelancongannya mengatakan ia bukan ancaman serius, ekonomi kita takkan terjejas, kita boleh buka pelancong dari luar.


“Ini mengakibatkan pegawai bawah dapat petunjuk yang salah…tak apa…bila tabligh punya perhimpunan, dapat (pula) kelulusan pada 12 Februari 2020 dan tak silap saya 24 Februari dah ada kes Covid di Malaysia.

“Tapi pegawai bawah…ketua polis Cheras luluskan…(Dewan) bandaraya pun lulus kawalan trafik atas permintaan. Saya tak tak salahkan mereka sebab dapat petunjuk daripada pemimpin utama bahawa Covid bukan ancaman serius dan inilah jadi punca kesalahan merebaknya Covid daripada pemerintahan PH.

“Walaupun ada amaran dari WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), mereka (pemimpin-pemimpin PH) tak pandang walaupun dua pemimpin utama PH adalah doktor (Perdana Menteri ketujuh dan menteri kesihatan), tapi dua doktor ini tak pandang serius,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA di Langgak Duta semalam. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button