Politik

Ikmalrudin dilantik jadi Setiausaha SPR

IKMALRUDIN Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei lalu.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali.

Menurut Mohd. Zuki, Ikmalrudin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, perolehan, pengurusan Parlimen dan urusan pilihan raya.

“Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan Parlimen), Timbalan Setiausaha (Pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya) dan Pengarah SPR Selangor.

“Semoga dengan pelantikan ini, beliau akan dapat memimpin Urusetia SPR dalam merancang, penyelaras dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin, 49, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sosiologi/Antropologi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 24 tahun dengan jawatan pertamanya sebagai Penolong Pengarah (Jabatan Agama Islam) di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Mac 1996.

Tambah Mohd. Zuki, bagi pihak kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Elias atas jasa dan khidmat bakti kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button