Politik

Calon PKR diikat bon RM10 juta sebagai jaminan tidak ‘melompat’

CALON-calon Parti Keadilan Rakyat yang akan bertanding bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diikat dengan bon bernilai RM10 juta sebagai jaminan mereka tidak berpaling tadah atau melompat ke parti lain selepas menang.

Tujuh calon berkenaan diminta menandatangani bon tersebut sebelum menerima watikah pelantikan hari ini.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata, bon itu merupakan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh PKR.

“Calon kita sudah tandatangan bon bernilai RM10 juta. Kalau mereka lompat ke parti lain selepas menang maka mereka perlu bayar nilai itu kepada parti.

“Saya anggap isu pembahagian kerusi sudah selesai. Apa yang penting adalah untuk memikirkan bagaimana untuk kita menang semua kerusi yang kita tandingi,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Sabah di sini hari ini.

PKR sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 14 DUN namun ketika pengumuman oleh Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal semalam PKR hanya diberi 7 kerusi.

Tujuh nama yang diumumkan oleh PKR dua adalah muka baharu iaitu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dan Inanam.

Calon-calon PKR:

N09 Tempasuk, Mustapha Sakmud

N05 Matunggong, Sazalye Donol Abdullah

N18 Inanam, Peto Galim

N32 Klias, Abdul Rahman

N45 Sook, Raymond Ahuar

N14 Tamparuli, Alijus Sipil

N20 Api-Api, Christina Liew-SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button