HiburanMahkamah

Mutaah RM1 juta tuntutan Lutfya adalah munasabah

PELAKON Lutfya Omar menyifatkan tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum merupakan nilai yang munasabah kerana itu mengambil kira kos sara hidup yang tinggi pada ketika ini.

Lutfya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia mengambil tindakan itu kerana perlu merancang untuk hidup bersama anak tunggalnya.

“Tuntutan RM1 juta adalah permintaan saya sendiri, kerana saya perlu menjaga anak seorang diri. Ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya selepas prosiding sebutan semula tuntutan mutaah di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

GAMBAR kenangan bersama bekas suami, Lutfya Omar kini bergelar ibu tunggal. – GAMBAR CARIAN DI GOOGLE

Lutfya yang bergelar ibu tunggal sejak tiga tahun lalu berkata, pengorbanannya selepas berkahwin dengan melepaskan populariti sebagai pelakon, model dan penyanyi merupakan antara alasan kukuh permohonan tersebut dibuat.

“Sebenarnya, saya ambil masa untuk failkan pemohonan ini kerana usaha untuk bangkit semula dalam industry memerlukan masa yang agak panjang.

“Saya tidak pernah tuntut apa-apa daripadanya, bekas suami,” kata Lutfya berusia 38 tahun itu.

Sementara peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Lutfya selaku plaintif berkata, pihaknya telah menyerahkan penyata tuntutan kepada Dr Muhammad Hafiz sebagai defendan.

“Hari ini, kita terima penyata pembelaan dan jawapan daripada pihak defendan, sebagaimana yang dinyatakan dalam tuntutan anak guam saya.

“Arahan seterusnya ialah kita perlu menyediakan penyata keterangan dan ikatan dokumen,” katanya yang hadir ke prosiding pengurusan kes di hadapan Pendaftar, Rashidah Sapingi @ Shafie.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan 26 Julai depan untuk sebutan kes.

Semasa prosiding itu kelak, beliau berkata, hakim syarie akan menentukan sama ada semua dokumen yang diserahkan adalah teratur atau sebaliknya sebelum diteruskan dengan sesi perbicaraan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ketidak hadiran bekas suami Lutfya ke mahkamah, peguam berkata, defendan telah diberi pengecualian kehadiran pada prosiding lalu.

Lutfya dan Dr Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan Laana Haura, 5.

Mereka kemudian bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember tahun lalu. – SUMBER ASTRO AWANI – SM

BACA Syamsul Yusof tak cukup duit? Minta nafkah dua anak dikurangkan 30 peratus!

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button