Berita

Mufti Perlis, Mursyidul Am Pas bincang gerakan haramkan Dong Zong

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengadakan perbincangan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan beberapa tokoh lain di Kangar bagi membincangkan tindakan segera bagi mendesak pertubuhan Dong Zong diharamkan.

Mohd Asri berkata, semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman perlu bersatu dalam mendesak pengharaman pertubuhan tersebut demi menyelamatkan keamanan negara.

“Satu gerak kerja bersama perlu kita semua mulakan segera,” katanya dalam hantaran facebook milik beliau.

Dong Zong sebelum ini membantah pengenalan pendidikan tulisan jawi di sekolah vernakular sehingga mahu mengadakan perhimpunan, tetapi terpaksa dihentikan berikutan polis mendapatkan perintah mahkamah menghalangnya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pertubuhan mewakili kaum Cina itu sering berpendirian keras dan terlalu berhaluan kiri sehingga tidak sokong oleh majoriti rakyat negara ini termasuk kaum Cina sendiri yang mahukan keamanan terus dipelihara.

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button