Nasional

Mohd Alwi dilantik Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang baharu

Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.
Mohd Alwi, 56, menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Majlis Serah Terima Tugas itu berlangsung di Dewan Mutiara di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, disaksikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad.
Mohd Alwi yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata tiga perkara utama akan dijadikan teras dalam melaksanakan tugas baharu tersebut iaitu dari segi pencegahan jenayah yang perlu ditingkatkan, penyelesaian kes dan pematuhan.
“Saya juga akan meneruskan dasar yang telah ditetapkan pucuk pimpinan di Bukit Aman, selain terus laksanakan apa yang telah dibuat di Kontinjen Pulau Pinang dan berkerjasama dengan Ketua Polis Pulau Pinang,” katanya.
(Visited 8 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button