Ekonomi

MGRC tawar penjagaan holistik buah pinggan menerusi kerjasama baharu

MALAYSIAN Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), mengumumkan telah menguasai 51peratus kepentingan dalam Aquahealth Sdn Bhd (Aquahealth), pengendali dialisis buah pinggang, dari Rinani Renal Berhad.

Pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka itu berkata, penguasaan ke atas Aquahelth itu diambil melalui anak syarikat milik penuhnya, MGRC Healthcare Sdn Bhd (MGRC Healthcare), kini akan menjadi pengendali pusat dialisis itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shasha Nordin berkata, ia akan menjadi yang pertama daripada banyak pusat di seluruh negara yang akan didorong oleh model penjagaan buah pinggang yang diperibadikan dengan menyepadukan dialisis dengan pengurusan pemakanan, perubahan gaya hidup, dan juga ujian genetik pesakit dan ahli keluarga terdekat mereka. Pendekatan perintis ini akan memberi tumpuan kepada membawa inovasi dalam penyampaian perkhidmatan untuk meningkatkan kehidupan pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik.

“Pemerolehan kepentingan Aquahealth adalah sebahagian daripada strategi Kumpulan kami untuk mendapatkan portfolio pelbagai aset pertambahan pendapatan di seluruh Asia Tenggara yang akan, seterusnya, memanfaatkan dan mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman genomik dan biofarmaseutikal kami yang dibangunkan sejak 18 tahun lalu.” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Aquahealth sedang menubuhkan pusat dialisis buah pinggang di Gombak, Selangor, dengan lesen untuk mengendalikan pusat itu dimiliki Dewan Perniagaan Islam Antarabangsa Malaysia.


Menurut laporan Pengurusan Penyakit Buah Pinggang Kronik Kementerian Kesihatan, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang diunjurkan meningkat dengan ketara pada masa hadapan terutamanya disebabkan oleh kelaziman diabetes, hipertensi dan populasi yang semakin tua.

Pada 13.2 peratus setahun, Malaysia mempunyai kadar pertumbuhan tahunan penyakit buah pinggang kronik kedua tertinggi di dunia.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan terdapat lebih 40,000 pesakit buah pinggang di Malaysia, dengan lebih 8,000 pesakit baharu didiagnosis setiap tahun sejak 2018.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button