Nasional

MEX tawar diskaun 50 peratus sempena Aidilfitri

Pengguna Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus pada hari pertama Aidilfitri, Ahad ini.

Maju Expressway Sdn Bhd anak syarikat Maju Holdings dalam satu kenyataan, berkata diskaun itu sah untuk semua pengguna dan kelas kenderaan pada hari tersebut bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, hubungi talian bebas tol MEX di 03-83159111 atau ikuti MEXTraffic melalui Twitter dan Facebook.

Sementara itu, Pengerusi  Eksekutif Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan kakitangan kumpulan syarikat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam. – SM

Tags

Related Articles

Back to top button
Close
Close