NasionalNegeri

Jaminan harga barang keperluan Aidilfitri di Perlis stabil

PEJABAT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis memberi jaminan bahawa harga barangan keperluan di negeri ini adalah stabil dan tiada sebarang kenaikan menjelang perayaan Aidilfitri kali ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Farah Adlina Ropaie juga menasihatkan para pengguna jangan bimbang kerana keperluan barangan juga mencukupi.

Farah Adlina mengetuai pasukannya melakukan pemeriksaan dan walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri di Pasar Besar Sena di Kangar hari ini.

“Hasil pemantauan kami bahawa antara barangan utama seperti bawang, cili, daging, halia dan kelapa adalah bekalannya cukup,” katanya kepada media selepas melakukan pemeriksaan dan walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri di Pasar Besar Sena di Kangar hari ini.

Farah Adlina berkata, sepanjang pelaksanaan SHMMP Hari Raya Aidilfitri ini pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi skim ini.

“Peniaga yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harda dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.

Beliau menambah, hasil Ops Pantau 2024 mulai 12 Mac hingga 4 April pula sebanyak 551 pemeriksaan dilaksanakan.

Katanya, ia melibatkan penguatkuasaan harga, alat timbang, bekalan, halal dan barang tiruan.

“Sebanyak tujuh kes dengan nilai kompaun RM1,400 membabitkan Ops Pantau 2024,” katanya. – SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button