Nasional

Konvoi KMKM 2022 Negeri Selangor tiga hari, esok serah baton kepada Perak

HARI ini 1 Ogos menandakan masuk bulan kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos nanti, Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan.

Ramai yang mahu melihat Jalur Gemilang dikibarkan sama ada di kenderaan ataupun di rumah persendirian. Ia sebagai semangat jati diri dan cintakan tanah air yang harus ada dalam diri setiap warganegara Malaysia.

Memerdekakan tanah air daripada penjajah merupakan sejarah yang diajar di sekolah-sekolah namun yang penting, ia dihayati dalam diri setiap anak bangsa.

Semalam, sebanyak 2,000 Jalur Gekilang telah diedarkan di 10 hentian terpilih sempena Program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 (KMKM 2022) peringkat negeri Selangor.

Ia merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri yang berlangsung selama tiga hari, bermula semalam.

Setiap hentian (ada 10 yang terpilih) diberikan 200 bendera termasuk 100 bendera tangan.

Hari ini, KMKM 2022 akan berada di Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor bagi penyerahan baton.

Pernyerahan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Aniza Azmi selaku wakil daerah Klang kepada wakil daerah Kuala Selangor, Penghulu Mukim Jeram, Mohd Rizan Haron.

Kemeriahan sambutan Konvoi Kembara Merdeka pada petang ini yang akan tiba di Sekolah Agama Menengah Jeram dapat dirasai awal-awal lagi dengan sepanjang pintu masuk sekolah, dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang.

Untuk makluman, KMKM 2022 peringkat negeri Selangor akan menjelajah lima daerah iaitu Kuala Langat, Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Ia sebagai usaha untuk memupuk dan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Selangor khususnya generasi muda dan pelajar di peringkat sekolah.

Konvoi Selangor berhenti di 10 hentian terpilih sebelum baton jelajah diserahkan kepada Perak, negeri seterusnya.

Acara penyerahan baton akan diadakan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, esok. – SUMBER BERNAMA – SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button