Politik

Isham Jalil dipecat serta merta sebagai Ketua Penerangan BN Selangor

ISHAM JALIL yang menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor ditamatkan perkhidmatannya, berkuat kuasa serta merta.

Berdasarkan surat daripada BN Selangor, jawatan Ketua Penerangan BN negeri tidak termaktub dalam Perlembagaan BN.

“Saya telah dimaklumkan hari ini bahawa perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

“Berdasarkan surat daripada Barisan Nasional Selangor yang dilampirkan, ini adalah kerana jawatan Ketua Penerangan Barisan Nasional negeri tidak termaktub di dalam Perlembagaan Barisan Nasional,” katanya .

Sehubungan itu, Isham merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.

Kata Isham, “perjuangan kita belum selesai. Oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada dalam kepimpinan BN negeri.

“Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walau pun tanpa apa-apa jawatan dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini.

“Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. Sekiranya kita ikhlas, istiqamah dan sabar, Allah SWT akan bantu dan berikan kita kejayaan demi masa depan negara dan anak cucu kita semua, Insya-Allah.” – SM

(Visited 1,767 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button