CelotehRencah Hidup

Masih Wujudkah Orang Kerinchi Yang ‘Berekor’? Dikatakan Ada Ilmu Saka Harimau Jadian!

Kalau sebut tentang Kerinchi, pasti kebanyakan generasi hari ini cuma tahu nama tersebut wujud di salah satu kawasan dalam ibu kota Kuala Lumpur.

Namun bagaimana kawasan tersebut mendapat namanya, tidak ramai yang tahu. Jika ada yang tahu sekali pun, sudah tentu mereka sedang memasuki fasa ‘golongan tua’.

Migrasi Bangsa Kerinci

Mengikut cerita orang lama, nama Kerinchi diambil sempena migrasi bangsa Kerinci, dari Sumatera Indonesia ke Tanah Melayu kira-kira lebih 80 tahun lalu.

Menurut sumber, migrasi itu melibatkan sekumpulan penduduk dengan kiraan 10 keluarga dan masing-masing merentas Singapura sebelum masuk ke Kuala Lumpur.

“Penempatan awal 10 keluarga dari bangsa Kerinci ini adalah di Bukit Nenas sebelum berkembang sehingga memasuki kawasan Pantai Dalam.


“Malah Kampung Abdullah Hukum juga pernah menjadi saksi kewujudan bangsa Kerinci ini sebelum mereka terpaksa berpindah akibat banjir besar,” kata sumber.

Rentas Hutan Sampai Ke Pelabuhan Jambi

Berbalik tentang cara migrasi 10 keluarga bangsa Kerinci ini, dari Kerinci untuk ke pelabuhan Jambi di Singapura, mereka perlu merentasi hutan.

Perjalanannya pula mengambil masa tiga hari tiga malam sebelum berjaya sampai dengan selamat di pelabuhan Jambi itu sebelum berlepas ke kawasan lain.

Dikaitkan Dengan Saka Harimau

Jadi untuk sepanjang tiga hari tiga malam tersebut, orang ramai berpendapat bangsa Kerinci ini bukanlah orang yang biasa-biasa sebaliknya ada ilmu yang sangat tinggi.

Ilmu itu pula dikaitkan dengan saka harimau kerana sebagai orang biasa, pasti sukar untuk melepasi hutan tebal yang penuh dengan pelbagai halangan.

Maka tidak hairanlah penduduk awal di sekitar Kuala Lumpur juga menggelar mereka sebagai bangsa yang ‘berekor’ kerana kelebihan itu.

Namun demikian, bangsa Kerinci untuk akan terus lupus sejarahnya apabila nama kawasan Kerinchi ditukar kepada nama baharu seperti Bangsar Selatan. – SM

 

(Visited 96 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button