Politik

Masih ada ruang, peluang untuk Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berjanji dan bersepakat untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika beliau merangkul kerjasama di dalam Pakatan Harapan (PH).

Sebagai seorang negarawan dan seorang yang sentiasa teguh memegang janji, saya yakin Tun akan menunaikan janjinya itu.

Jika ikut perkiraan janji itu sepatutnya dilaksanakan pada bulan November ini.

Jadi Tun masih mempunyai masa dan peluang untuk menunaikan janji yang telah dipateri dan bagi mengelak beliau dianggap sebagai orang yang tidak menepati janji.

Tun seorang yang sangat menjaga integriti pastinya tidak mahu namanya dikaitkan dengan sesuatu yang jelik apatah lagi pada usia yang lanjut ini.

Saya juga bersetuju dengan Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman bahawa janji itu masih boleh dicapai menerusi sokongan bekas perdana menteri itu kepada Anwar dalam usahanya menubuhkan kerajaan baru.

“Walaupun PH sudah tidak lagi memerintah, namun janji yang dimeterai masih boleh dicapai jika Mahathir menzahirkan sokongan terhadap Anwar.

“Sokongan tersebut memadai sebagai isyarat bahawa Mahathir seorang yang menepati janjinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar merupakan antara isu utama sepanjang 22 bulan pentadbiran PH.

Dalam usaha pertama mengambil alih pentadbiran persekutuan sejak kejatuhan itu, kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat berhubung soal calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Semalam, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan agar Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri sehingga PRU15, di tengah-tengah usaha Anwar menubuhkan kerajaan persekutuan yang dikatakan dengan sokongan sejumlah anggota Parlimen UMNO.

Syed Badli berkata lagi, jika Mahathir menunjukkan sikap sebaliknya, dia akan dilihat sebagai seorang yang mungkir janji dan tidak boleh dipercayai.

“Sebagai legenda politik tanah air, tentu namanya akan tercemar jika Mahathir dilihat sebagai seorang pemimpin yang gagal menepati janji,” katanya lagi.

Termasuk Mahathir, Pejuang mempunyai lima kerusi Parlimen. Mereka baru-baru ini memfailkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pejuang kini tidak menyertai mana-mana sekutu tetapi ada spekulasi yang belum disahkan bahawa Mahathir mungkin akan bekerjasama dengan bekas pesaingnya, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button