PolitikPRK

Tidak mustahil Tanjung Piai milik BN

TANJUNG PIAI – Parlimen Tanjung Piai boleh ditawan Barisan Nasional (BN) sekiranya momentum semangat luar biasa yang ditunjukkan kepimpinan BN dikekalkan sehingga hari pilihan raya kecil nanti.

Ahli Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau kagum dengan semangat yang tunjukkan oleh kepimpinan UMNO semasa sesi pertemuan bersama calon BN, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dan ketua-ketua pusat daerah mengundi bagi DUN Pekan Nenas hari ini.

“Momentum dan semangat inilah yang mesti dikekalkan sepanjang tempoh berkempen yang akan bermula esok.

“Agar gerak kerja kita untuk menangi hati seramai mungkin pengundi Tanjung Piai membuahkan hasil,” kata Hishammuddin.

Jelas beliau, ahli dan kepimpinan BN perlu merapatkan barisan dan memberi sokongan padu kepada calon parti.

Menurut Hishammuddin, berkat usaha semua pihak serta kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad, tidak mustahil Tanjung Piai menjadi milik BN.-SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button