Politik

Ada apa dengan dua calon terakhir DAP sampai bikin MCA goyang

DAP hari ini mengumumkan dua calon terakhirnya yang bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.
Mereka yang dicalonkan ialah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bagi kerusi DUN Perling manakala muka baharu, Marina Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Skudai.
Berikutan itu, kesemua 14 calon mewakili DAP yang bakal bertanding pada PRN Johor nanti telah dilengkapkan.
Pengumuman hari ini menyebabkan MCA komponen parti mewakili kaum Cina Barisan Nasional terkedu dan goyang.
Setakat ini MCA belum mengumumkan siapa bakal bertembung dengan Loke.
Kenapa Loke ditakuti oleh MCA? Jawapannya adalah kerana pemimpin DAP itu ketika menjadi menteri dalam kabinet PH, cukup berkesan menyelesaikan banyak masalah, selain turut disukai oleh orang Melayu.
Selain fasih bahasa Melayu, Loke bijak mengelak daripada terjebak dalam politik sempit perkauman yang cuba dimainkam oleh pihak lawan.
Sikap kurang yakin MCA dilihat menyusahkan Barisan Nasional kerana gagal mengetengahkan calon yang berwibawa untuk berdepan dengan DAP.
Seperti Pilihan Raya Negeri Melaka yang lalu, MCA terlalu bergantung kepada kekuatan UMNO semata-mata.
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau berpuas hati dengan barisan calon yang diperkenalkan selain optimis mereka bakal mengulangi kejayaan menang semua kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
“Kita telah melalui banyak tapisan dan banyak juga perjumpaan dibuat. Ia satu proses yang agak sukar tapi pada akhirnya kita mencapai satu muafakat.
“Tentunya mereka yang tidak terpilih akan rasa kekurangan, namun itu perkara biasa. Tapi apa yang penting ialah akhirnya kita dapat bersatu untuk pastikan calon kita menang.
“Kerana akhirnya bukan individu yang bertanding tetapi simbol dan logo DAP dan Pakatan Harapan yang bertanding. Itu yang kita kena menangkan,” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon DAP dan Penyerahan Watikah Pelantikan Calon di Kulai, Johor.
Selain Marina, DAP turut memperkenalkan tiga muka baharu bagi parti itu iaitu Ng Kor Sim yang akan bertanding di kerusi DUN Jementah serta juga Ahli Jawatankuasa DAP Johor, M. Kanan di DUN Bekok dan Bekas Ketua Whip DAP Ahli Majlis Perbandaran Kulai, Wong Bor Yang di DUN Senai.
Calon lain yang bakal bertanding terdiri dari bekas ADUN Senai, Alan Tee Boon Tsong yang akan bertanding di kerusi DUN Yong Peng, Chew Chong Sin yang akan mempertahankan kerusi Mengkibol dan Andrew Chen Kah Eng di DUN Stulang serta Liow Cai Tung di DUN Johor Jaya dan Ng Yak Howe di DUN Bentayan.
Di samping Yeo Tung Siong di DUN Pekan Nanas, bekas Timbalan Speaker Johor, Gan Peck Cheng di DUN Penggaram serta Pembantu Setiausaha Organisasi DAPSY, Eric Ee Chin Li di DUN Tangkak manakala Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Ali akan bertanding di DUN Paloh.
(Visited 335 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button