Politik

PN bincang dengan peguam tindakan terhadap Anwar

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan berbincang dengan peguam bentuk tindakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh gabungan parti-parti berkenaan didanai duit judi pada pilihan raya lalu.

Menurut Muhyiddin perkara itu akan diperhalusi sebelum tindakan diambil kerana ia satu fitnah.

”Kita akan bincang bentuk tindakan terhadap perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut dan mendapati ia tidak dapat disahkan.

Justeru itu tiada kertas siasatan dibuka berhubung kes berkenaan.

BACA: Tiada kertas siasatan dibuka terhadap PN

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button