Parlimen

Tiada kertas siasatan dibuka terhadap PN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membuka kertas siasatan terhadap parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) atas tuduhan menerima sumbangan daripada dana judi dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut.

“Walau bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka atas isu ini,” kata Azalina dalam jawapan bertulis pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanya status siasatan terhadap dakwaan bahawa parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripda dana judi dalam kempen PRU15 lepas.

Pada Disember 2022, beberapa media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Anwar mendakwa Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button