NasionalNegeri

MARA Perlis salur RM9.325 juta kepada 75 usahawan

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) Perlis telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM9.325 juta bagi membantu 75 usahawan mulai Januari hingga Ogos tahun ini.

Peruntukan bantuan yang diberikan meliputi pelbagai bidang antaranya makanan, minuman, automotif dan kecantikan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memotong pulut kuning di Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Kangar.

Pengarah MARA Perlis, Mohd Azam Jamaluddin berkata, peruntukan yang disalurkan merupakan kemudahan pembiayaan untuk memulakan perniagaan, penyediaan latihan serta pengembangan perniagaan termasuk pendigitalan perniagaan yang diusahakan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh beliau kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas Baginda berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan Semarak Gemilang MARA 66 yang bermula dan berakhir di perkarangan Dewan Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan) MARA, Datuk Zulfikri Osman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rural Capital Berhad, Hiruddin Hashim dan CEO Yayasan Pelajaran MARA, Mohd Amran Mohd Ariffin.

Program kayuhan di sekitar bandar Kangar sejauh 20 kilometer yang melibatkan 66 peserta ini mengambil simbolik 66 tahun kemerdekaan itu telah dianjurkan oleh MARA Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni salah seorang asnaf pada Program Kayuhan Semarak Gemilang MARA 66.

Dalam program berkenaan Pemangku Raja berkenan menyaksikan majlis penyerahan cek replika pembiayaan perniagaan MARA oleh Zulfikri kepada Noor Faezah Tumari dari Pioneer Premier Sdn Bhd yang mewakili 67 penerima pembiayaan perniagaan MARA bernilai RM9.325j.

Cek replika Pembangunan Pendidikan Pelajar, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) pula diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh sebanyak RM3,000.
Baginda menzahirkan sukacita di atas segala bentuk bantuan yang telah MARA salurkan kepada penerima.

“Semoga bantuan ini dimanfaatkan dengan tujuan menambah baik dan mengembangkan lagi perniagaan sedia ada agar dapat menambah serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini, titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama Program Kayuhan Semarak Gemilang MARA 66 yang bermula dan berakhir di perkarangan Dewan Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Kangar.

Selain menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga orang asnaf terpilih terdiri daripada Adnan Saad, 66 di Padang Katong; Nor Adini Badruldin, 45 di Taman Seri Embun; dan Azahar Che Mat Rus, 58 di Kampung Sena, serta juga s30 asnaf terpilih di kalangan anak kariah Masjid Darul Ibadah, Padang Behor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyaksikan pengurniaan Fiber-Laser Marking Machine kepada FKMC Maju Enterprise dan merasmikan Premis Perniagaan Pioneer Premier Sdn. Bhd (ByReefa) daripada pihak MARA. – SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button