Politik

Manifesto: Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka, ‘Melaka Bangkit Gemilang’

“Ikrar PN Untuk Melaka” dengan moto “Melaka Bangkit Gemilang” jadi manifesto Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dilancarkan oleh Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, manifesto tersebut berteraskan enam tunjang utama, 11 strategi dan 74 pendekatan.

Ikrar PN Untuk Melaka merupakan janji parti gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan kepada rakyat negeri Melaka untuk membawa perubahan besar kepada pentadbiran kerajaan negeri bertunjangkan integriti dan ketelusan.

“Saya amat yakin, gabungan kepimpinan calon PN yang bertanding kali ini mampu membawa aspirasi rakyat negeri Melaka yang tentunya ingin melihat Melaka bangkit sebagai sebuah negeri yang gemilang,” katanya pada Majlis Pelancaran Ikrar PN bagi PRN Melaka hari ini.

Enam tunjang tersebut:


Tunjang 1: KEUTUHAN EKONOMI

– Bagi melonjakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi

– Fokus kepada pendigitalan dan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

– Lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi

Tunjang 2: KEPRIHATINAN KEPADA RAKYAT

– Kesihatan mental dan jasmani, perumahan, kemudahan rekreasi serta pendidikan untuk setiap lapisan masyakarat

– Pendidikan merupakan asas penting yang wajib diperteguhkan untuk bina bakat masa hadapan
– Dewan Undangan Negeri Belia Melaka akan diwujudkan bagi menggilap generasi pemimpin masa depan

Tunjang 3: KERANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN

– Pendekatan untuk merancakkan semula industri pelancongan di Melaka

– Lebih banyak kemudahan tempat letak kenderaan bertingkat di kawasan pelancongan

– Usaha pemulihan industri pelancongan, termasuk pelancongan kesihatan antarabangsa

Tunjang 4: KELESTARIAN ALAM SEKITAR

– Fokus akan diberikan kepada peningkatan penggunaan teknologi hijau

– Penggunaan tanah secara optimum serta pengurusan sisa pepejal
– Usaha memulih dan memulihara ekosistem kawasan sungai, pesisir pantai dan marin

Tunjang 5: KECEKAPAN INFRASTRUKTUR

– Akan memperkukuh penyediaan infrastruktur yang cekap

– Pembinaan dan naik taraf jalan serta naik taraf sistem saliran dan tebatan banjir

– Perluasan liputan Internet 5G akan dipercepatkan dan kemudahan hotspot wifi secara percuma disediakan di tempat terpilih

Tunjang 6: KETEGUHAN DAN KEJUJURAN PENTADBIRAN

– Keteguhan dan kejujuran dalam pentadbiran Kerajaan negeri Melaka adalah tunjang penting

– Agenda untuk memperkasa perkhidmatan awam negeri dipergiat melalui pendigitalan

– Pemerkasaan ini juga turut melibatkan tadbir urus yang cekap dan berintegriti.-SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button