Nasional

Covid-19: Kes baharu 293, Kedah dan Sabah catat lebih 100 kes

KES jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi iaitu dengan terbaharu 293 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes aktif dan sedang dirawat adalah sebanyak 1,961 kes.

Sejumlah 292 kes baharu melibatkan jangkitan tempatan iaitu 269 kes adalah warganegara dan 23 kes bukan warganegara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, seramai 28 orang dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan empat daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sabah masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 126 kes, diikuti kedah (113) dan Selangor (31).

Johor mencatatkan pertambahan 8 kes, Labuan (5) dan Kuala Lumpur (3).

Masing-masing pertambahan dua kes di Negeri Sembilan dan Perak, serta satu di Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak. Pahang dan Terengganu tiada pertambahan kes.

Hari ini juga menyaksikan 67 dibenarkan keluar dan pulang ke rumah selepas sembuh. Tiada kematian direkodkan hari ini.

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button