JenayahNasional

Mayat dikerat enam dalam bagasi ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan

MAYAT dikerat enam disumbat ke dalam bagasi ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan Plus berhampiran susur Rawang Selatan arah utara pukul 2 petang tadi.

Menurut sumber, ketika ditemui, bahagian badan mangsa didapati berada di atas rumput berhampiran beg berkenaan.

“Bagaimanapun identiti mangsa masih gagal dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini polis mengesyaki mangsa adalah lelaki warga asing berdasarkan siasatan awal yang dilakukan.

“Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan,” katanya. HARIAN METRO – SM

(Visited 659 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button