Agama

Malaysia kutuk Sweden bakar al-Quran

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam hantarannya dalam jalur Tweeter hari ini berkata keputusan mahkamah Sweden bukan satu langkah progresif dalam usaha untuk meningkatkan perasaan saling memahami dan menghormati untuk kebaikan manusia.

“Perbuatan yang mencemari kesucian al-Quran ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Aidiladha merupakan satu tindakan yang menyinggung perasaan Muslim di seluruh dunia dan mencabuli prinsip sejagat iaitu saling memahami dan menghormati kesemua agama dan kitab suci mereka,” katanya.

Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, semalam, yang jelas merupakan jenayah kebencian dan pelaku harus dipertanggungjawabkan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kerajaan amat bimbang dan marah dengan keputusan berulang untuk membenarkan tindakan keji itu atas nama kebebasan bersuara dan bahawa negara berdiri dalam solidariti dengan komuniti yang terjejas.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji tersebut di luar sebuah masjid di Stockholm pada sambutan Aidiladha iaitu pada hari kegembiraan, perayaan dan perpaduan yang penting bagi umat Islam di seluruh dunia. Ini adalah manifestasi jelas kebencian, sikap tidak bertoleransi agama dan Islamofobia.

“Kebebasan bersuara adalah hak asasi tetapi adalah penting untuk mendukung hak ini dalam lingkungan batasan dengan penuh menghormati dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyatan, di Kuala Lumpur, malam tadi.

“Kami menyeru semua pihak untuk mengecam tindakan tidak bertoleransi agama ini, berdiri bersama menentang kebencian dan menggalakkan persefahaman, rasa hormat dan keharmonian dalam kalangan semua anggota masyarakat yang pelbagai,” katanya.

– Bernama

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button