Politik

Makan pop corn atau super ring, biar mereka bergaduh – Datuk Junz Wong

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) sudah dijangka tidak akan kekal lama ekoran pergeseran antara parti komponen di dalamnya.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Junz Wong yang sudah menjangkakan hayat PN tidak akan kekal lama.

“Kita tengok sahaja mereka bergaduh. Makan super ring ke, makan pop corn ke. Kita perhatian sahaja.

“Tapi kita sebagai Sabahans jangan terikut-ikut mereka dan perlu kekal bersatu serta beri fokus untuk membina masa depan Sabah yang lebih baik,” katanya seperti dipetik dari portal Borneo Today.

Semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan partinya bersedia meletakkan calon di 45 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

“Jika PPBM ambil 45 kerusi, bagaimana pula dengan Musa Aman, UMNO, PCS pimpinan Anifah, STAR pimpinan Jeffrey, PBS pimpinan Dr. Max, PBRS, LDP dan calon-calon bebas dalam kem Azmin?”

“Bagaimanakah tujuh atau lapan blok ini akan bahagikan baki 28 kerusi?”

“Adakah blok masing-masing akan berpuas hati dengan tiga atau empat kerusi? Adakah mereka akan berpuas hati atau bergaduh? Adakah mereka akan sabotaj satu sama lain?,” jelasnya. -SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button