fbpx
Politik

Kekang budaya takfiri kafirkan sesama Islam

 

Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius budaya mengkafirkan sesama umat Islam atau dikenali sebagai budaya takfiri yang semakin menular dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Membangkitkan kebimbangan itu kepada Suara Merdeka pagi ini, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, terbaharu, seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status mensasarkan Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Mujahid Rawa dengan menulis “Menteri agama, berjiwa kafir”.

Difahamkan, dua laporan polis telah dibuat oleh AMANAH Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

“AMANAH berpandangan budaya Takfiri ini jika tidak dihentikan dengan segera, boleh mencemarkan imej Islam sekali gus memusnahkan keharmonian Malaysia seperti apa yang berlaku kepada negara Timur Tengah khususnya di Iraq dan Syria.


“Dengan kata lain, ia juga boleh menyemai sikap dan pemikiran melampau sehingga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, tegas Mohamad, AMANAH menggesa semua pihak memainkan peranan dalam mengekang budaya tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama ini, di samping melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

Show More

Related Articles

Back to top button