Nasional

Wujudkan pusat mengundi di luar Sabah

PRIHATIN dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia kini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diminta supaya membuka pusat mengundi di luar negeri Sabah.
Perkara itu diusulkan oleh Mohamed Tawfik Ismail yang mewakili ahli-ahli Malaysia First.
Menurut Mohamed Tawfik, perkara itu wajib diberi perhatian agar risiko pendedahan dan jangkitan Covid-19 dapat dikawal.
“Ia juga dapat mengurangkan beban hal ehwal kewangan individu-individu yang ingin pulang mengundi dari semenanjung, Sarawak dan Singapura.
“Kewujudan pusat mengundi luar itu juga demi menghormati hak 200,000 rakyat sabah iaitu sekitar 18% jumlah pengundi berdaftar yang akan terlibat dengan proses Pilihanraya Negeri Sabah tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamed Tawfik, kaedah itu sebenarnya tidaklah asing, bahkan telah sedia diterima pakai di kebanyakan negara yang mengamal prinsip demokrasi.
Pihak SPRM dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas pada esok untuk menetapkan tarikh PRN negeri tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata tiada kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di luar negeri itu.

“SPR akan terus berusaha memperbaiki proses pengundian pos, selain meneroka pilihan alternatif untuk Pengundi Luar Kawasan.

“Ini adalah satu proses yang tidak boleh tergesa-gesa dan apa-apa penambahbaikan mesti dilakukan dengan berhati-hati,” katanya semalam. -SM

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button