Nasional

Mak Nyah: Ketegasan saya supaya semua hidup dalam reda Allah – Zulkifli

KETEGASAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai komuniti transgender terutamanya orang Islam dalam mematuhi undang-undang dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim hanyalah berharap agar mereka berada dalam redha Allah.

Menurut Zulkifli, kumpulan mak nyah atau pondan seperti manusia lain mempunyai hak untuk hidup beragama dan mendapat panduan untuk hidup beragama.

Kumpulan itu juga mempunyai hak untuk mendapatkan panduan daripada pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam mengamalkan cara hidup beragama.

“Mungkin ramai masih ingat kenyataan saya berhubung transgender sebelum ini. Saya menegaskan komuniti transgender terutamanya Muslim tetap perlu mematuhi undang-undang dan menjalani kehidupan sebagai dengan Muslim dengan sebaiknya.

“Mana-mana rakyat Malaysia yang berpegang sepenuh dengan Rukun Negara, pasti akan memahami maksud sebenar kenyataan saya.

“Tidaklah ada tujuan lain dalam ketegasan kenyataan saya melainkan saya ingin kita semua berada dalam redha Allah SWT,” kata Zulkifli.

Beliau hari ini berpeluang untuk bersua muka dengan golongan mak nyah yang menyertai bengkel melibatkan komuniti transgender anjuran Pertubuhan Kesihatan Dan Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM) di sebuah hotel di ibu negara.

Turut hadir Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Sosial dan Komuniti, Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Mohd. Izwan Md. Yusof sebagai sebagai penceramah jemputan khusus berkaitan LGBT dalam Islam.

Dalam tempoh 20 minit masa yang terluang, Zulkifli berkongsi dengan komuniti transgender yang hadir mengenai erti sebenar bahagia dan takwa kepada Allah.

Menurutnya, Jakim dan beberapa agensi agama lain di bawah JPM sedang merencanakan sebuah program khusus bagi memberi peluang komuniti transgender muslim berdialog dengan beliau dan panel pakar yang lain bagi mendapatkan solusi tuntas berkenaan beberapa isu melibatkan kumpulan itu.

“Agensi-agensi agama di bawah saya sedia menghulurkan bantuan untuk melunaskan hak komuniti transgender muslim dalam memahami agama Islam dan bersama-sama untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Mereka ada hak untuk hidup beragama dan mereka ada hak untuk mendapatkan panduan daripada pihak kerajaan khususnya JPM (Hal Ehwal Agama) dalam mengamalkan cara hidup yang beragama,” kata Zulkifli.

Sebelum ini Dr Zulkifli memberi “lesen penuh” kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan terhadap golongan transgender.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguat kuasa Jawi untuk laksanakan fungsi bahagian penguatkuasaan Jawi dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan Zulkifli yang juga bekas mufti Wilayah Persekutuan itu dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia yang menganggap ia sebagai satu tindakan yang akan memberi penganiayaan terhadap golongan transgender.-SM

 

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button