NasionalNegeri

UniMAP cari peluang kerjasama pemain industri di Vientiane

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencari peluang agar dapat menjalin kerjasama dengan beberapa pemain industri  di Vientiane bagi kemungkinan membekal tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan.

Naib Canselornya, Prof Dr Zaliman Sauli berkata, peluang kerjaya khususnya di Vientiane Logistics Park adalah luas, kerana adanya projek mega kereta api laju yang menghubungkan China melalui Laos ke Thailand dan seterusnya ke Malaysia.

Beliau berkata, terdapat  penggunaan teknologi baharu di Vientiane Logistics Park, yang tentunya memberi peluang besar kepada pelajar UniMAP menimba pengalaman luas.

“Kita di UniMAP mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan elektrikal, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan sivil dan banyak lagi yang boleh dikembangkan di sini ,” katanya selepas
lawatan ke Vientiane Logistics Park sempena Program Jelajah Ilmu UniMAP Edisi Ke-16.

Berkenan berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP yang mengetuai delegasi ini.

Zaliman berkata, perbincangan dengan beberapa pihak di Vientiane Logistics Park mengalu-alukan pelajar UniMAP menjalani latihan industri di sini.

Sehubungan itu beliau berharap pelajar akan mengunakan peluang yang ada  itu sebaik mungkin. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button