Nasional

Festival filem dan video untuk pelajar

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pelawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi anjuran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) untuk edisi ke-10 mulai Ogos 2022.

FINAS yang sebelum ini mengadakan kerjasama bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut memperuntukkan dana sebanyak RM100,000 bagi menganjurkan program tersebut dan menawarkan Geran Penerbitan bernilai RM100,000 kepada pemenang bertuah kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata FFVPM wajar dihidupkan semula berikutan ramai bakat muda dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi kreatif menghasilkan kandungan. – Berita Harian

Hal ini bersesuian dengan objektif yang FFVPM bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam dalam bidang kesenian selain membina jalinan kerjasama dan pertukaran pandangan sesama pelajar universiti awam dan industri.

Md Nasir yang mengadakan kunjungan hormat pada 23 Mac lalu bersama pegawai kanan institusi itu bertemu Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff membincangkan kerjasama menjayakan program sempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 UPSI.

Hadir sama pada majlis kunjungan hormat itu ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pro Ts Dr Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin serta ahli JawatanKuasa Pengurusan Universiti (JKPU).

Sementera itu, Md Amin menganggap kerjasama itu penting dalam melahirkan mahasiswa universiti yang versatil dan berketerampilan sebelum mereka melangkah keluar meninggalkan universiti.

“Industri kandungan kreatif hari ini dilihat mampu menjana pendapatan kepada graduan yang memanfaatkan bakat dan idea yang diperolehi mereka setiap hari” katanya.

Beliau berkata UPSI menyambut baik kerjasama yang ditawarkan oleh FINAS dan mahasiswa UPSI yang kreatif perlu mengambil peluang menyertai FFVPM. – SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button