Nasional

MAIPs tambah baik program baik pulih rumah

Dalam aspek perumahan dan penempatan asnaf, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memperkenalkan inisiatif ‘Bantuan Mikro Baikpulih Rumah’ di samping ‘Bantuan Sebuah Kediaman dan Baikpulih Penuh Kediaman’ di bawah ‘Program Kediaman MAIPs Peduli’.

Penambahbaikan pada pelan ‘Bantuan Sebuah Kediaman MAIPs Peduli’ turut dilaksanakan sepanjang tahun 2019 yang lalu dan akan diteruskan lagi pada tahun 2020 ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan 3 bagi tahun 2020’ yang diadakan di Masjid Al Firdaus, Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis petang tadi.

Berangkat sana ialah anakanda bagibda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.


Turut diadakan di program tersebut ialah ‘Ceramah Hijrah Minda’ yang disampaikan oleh para pegawai daripada pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis.

Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah berkenaan.

Dalam sudut pendidikan tinggi pula, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menambah bahawa MAIPs turut menyempurnakan penawaran ‘Biasiswa Kursi Jamalullail’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pelbagai bidang Pendidikan dan Penyelidikan serta turut melestarikan penawaran biasiswa MAIPs di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

(Visited 163 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button