JenayahNasionalNegeri

Cubaan membawa masuk 21 ekor ikan emas gagal

CUBAAN membawa masuk 21 ekor ikan emas bernilai RM630 dari Thailand tanpa sebarang dokumen import yang sah telah berjaya digagalkan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis, Roslan Che At berkata, ikan hiasan tersebut dijumpai semasa pihaknya menjalankan pemeriksaan sebuah lori yang membawa pelbagai jenis ikan hiasan bernombor pendaftaran Malaysia di Unit Dagang dan Jalan Raya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar.

Ikan emas dari Thailand diletakkan dalam polisterin bersama ikan hiasan lain ditahan.

“Hasil pemeriksaan didapati konsainan tersebut membawa ikan emas hidup sebanyak 21 ekor yang diletakkan di dalam polisterin bersama-sama ikan hiasan yang lain tanpa dokumen import yang sah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Roslan berkata, anggaran nilai bagi kesemua ikan emas tersebut bernilai RM630.

Katanya, kesemua ikan emas tersebut ditahan untuk tindakan lanjut.

“Perbuatan mengimport dagangan tanpa permit yang sah akan disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), Akta yang sama,” katanya.

Beliau menambah, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.

Katanya, MAQIS menasihati agar para pengimport dan pengeksport sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button