Nasional

Guru ditemukan meninggal dunia di tepi surau

SEORANG guru ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tersandar pada kerusi kayu di tepi surau Darul Furqan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Ismail, Sungai Petani.

Memetik laproan BHOnline, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 0.45 pagi.

Guru lelaki berusia 47 tahun itu ditemukan oleh rakan setugasnya yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada guru lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata siasatan mendapati kematian guru terbabit tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia kerana serangan jantung dan dia sebelum ini juga dikatakan tidak pernah mengadu sakit kepada rakan setugas. –

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button