Mahkamah

Lokman dituduh hina kerajaan dan PM

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di mahkamah, esok, kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

Bukit Aman menerusi satu pemakluman hari ini, berkata pertuduhan akan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur di sini, pada jam 9.30 pagi.

“Lokman akan berdepan pertuduhan membabitkan dua kes yang kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official,” katanya.

(Visited 213 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button