JenayahMahkamahNasionalNegeri

Tujuh termasuk enam anggota polis didakwa bunuh pemandu e-panggilan

TUJUH termasuk enam anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu e-panggilan di Tawau, 13 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, polis telah melengkapkan siasatan kes itu dan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara semalam.

“Semua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama kerana bersubahat.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, lapan anggota polis dan tiga orang awam turut ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 31 Januari lalu, Idris ketika memberitahu perkembangan semasa kes tersebut dilaporkan berkata, ia bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Sehari sebelumnya, seorang penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, antara pukul 7.30 dan 9 malam, 13 Januari lalu. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button