Nasional

Lima rakyat Malaysia berada di kawasan konflik Tebing Barat

KEMENTERIAN Luar Negeri (KLN) mengesahkan terdapat lima rakyat Malaysia membabitkan seorang wanita dewasa bersama ibu dan tiga anak berada di kawasan konflik Tebing Barat.

KLN memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sentiasa berhubung dengan mereka.

“Kementerian Luar Negeri menasihatkan mana-mana pihak atau warganegara Malaysia yang mempunyai maklumat keberadaan saudara mara dan kenalan yang masih berada di kawasan konflik boleh berhubung dengan kementerian bagi membolehkan bantuan dihulur sekiranya perlu,” kata kementerian itu menerusi kenyataan, hari ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan boleh dihubungi menerusi talian telefon 962 65902400/ 962 785902400 (selepas 3.30 petang waktu tempatan) dan emel: [email protected].

Selain itu, rakyat boleh menghubungi Pegawai bertugas Bahagian Asia Barat Wisma Putra di talian 010 2884116 (Faizal) dan 01114901787 (Hakim) selepas waktu pejabat atau 03-88874570 serta emel: [email protected].

Dalam pada itu, kementerian luar negeri turut menasihati pihak yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke kawasan bergolak itu menangguhkan perancangan mereka memandangkan keadaan keselamatan masih meruncing.

“Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang masih berhasrat untuk ke kawasan berkenaan dinasihatkan merujuk perancangan mereka kepada kementerian ini terlebih dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, KLN memaklumkan pihaknya dalam proses untuk menyalurkan RM1 juta untuk sumbangan kemanusiaan awal dengan segera melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). – SM

BACA Empat ketetapan dibawa TPM berhubung pertempuran terbaru di Palestin

BACA Bela Palestin tanggungjawab seluruh umat Islam-PUTRA

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button