Ekonomi

Leon Fuat rekod hasil RM1.03b untuk TK2022

SHAH ALAM 28 Feb. – Leon Fuat Bhd., hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan melaporkan peningkatan hasil sebanyak 15.6 peratus kepada RM1.03 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022) berbanding RM886.58 juta yang direkodkan untuk tahun kewangan sebelumnya (TK2021).

Pengeluar dan peniaga produk keluli yang mengkhusus dalam keluli bergulung panjang dan rata, berkata, bagi tahun kewangan dalam tinjauan, Kumpulan melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM36.92 juta, penurunan 78.6 peratus berbanding RM172.85 juta untuk TK2021.

Bagi TK2022, Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM29.54 juta, penurunan 78.3 peratus berbanding RM135.98 juta untuk TK2021.

Pengarah Eksekutif Leon Fuat Calvin Ooi Shang How berkata, walaupun terdapat peningkatan dalam hasil bagi TK2022 disebabkan oleh peningkatan hasil bagi kedua-dua segmen dagangan dan pemprosesan Kumpulan, margin keuntungan kasar menurun kira-kira 14.8 mata peratusan berbanding TK2021 dan itu telah memberi kesan kepada keseluruhan keuntungan kasar (GP) Kumpulan, yang menurun 58.8 peratus kepada RM91.26 juta.

GP keseluruhan juga terjejas oleh inventori yang diturunkan sebanyak RM12.93 juta berbanding RM0.37 juta untuk TK2021 kerana inventori tertentu diukur pada anggaran nilai boleh direalisasi bersihnya.

“Kumpulan akan terus mengembangkan capaian pasaran dengan memanfaatkan asas pelanggannya yang pelbagai yang terdiri daripada perusahaan kecil-sederhana (“PKS”) merentasi pelbagai industri. Kami kekal berhati-hati terhadap unjuran 2023 walaupun momentum pertumbuhan ekonomi domestik pada 2022 kerana eksport menghadapi masalah sementara landskap operasi terus terjejas oleh tekanan inflasi dan ringgit yang lemah, yang turut menjejaskan PKS. Kami akan terus mengambil langkah proaktif yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi kami.” katanya di sini hari ini.

Kumpulan melaporkan hasil sebanyak RM238.15 juta untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (Q4FY2022), iaitu penurunan 6.3 peratus berbanding RM254.21 juta yang dilaporkan untuk suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (Q4FY2021).

Bagi S4TK2022, Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM7.49 juta berbanding dengan PBT sebanyak RM38.61 juta yang didaftarkan untuk S4TK2021 manakala kerugian bersih sebanyak RM5.14 juta dilaporkan untuk S4TK2022 berbanding PAT sebanyak RM29.09 juta yang direkodkan untuk Q4FY2021.

Bagi suku dalam tinjauan, segmen dagangan menyumbang 32.7 peratus kepada hasil manakala segmen pemprosesan menyumbang 67.2 peratus.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button