Rencah Hidup

Lembu wagyu untuk ibadah korban satu bahagian RM29,999

Lembu jenis wagyu memang terkenal dengan kualti dagingnya. Malah satu hidangan daging itu yang diimport dari negara asalnya Jepun boleh mencapai ribuan ringgit di Malaysia.

Dek kerana mahalnya daging itu hanya golongan kaya dan berada sahaja yang mampu menikmatinya. Namun mungkin juga orang yang berpendapatan sederhana dan rendah boleh juga menikmatinya apabila ada pihak yang menawarkan lembu wagyu sebagai haiwan untuk ibadah korban pada Hari Raya Haji nanti.

Lembu wagyu asalnya dari Jepun.

 

Buat pertama kali,  syarikat Asia Harvest Agro memperkenalkan Qorban Waqyu. Lembu itu didatangkan dari wilayah Miyazaki, Jepun. Satu bahagian korban lembu wagyu itu bernilai RM29,999 sahaja.

 “Sembelihan akan dibuat di rumah sembelihan yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia di sana dan daging lembu akan di bawa proses hingga sampai ke Malaysia kelak,” kata Asia Harvest Agro dalam satu kenyataan di Facebooknya.
.
Menurut Asia Harvest Agro, seekor lembu hidup Wagyu tulen dengan dagingnya bergred terbaik iaitu A5 biasanya seberat 800 kilogram.
Apabila diproses lembu berkenaan akan memberikan blok daging seberat 360 kg.

“Setiap peserta akan menerima 50 kg daging dengan nilai harga pasaran ada mencecah RM50,000. Daging tersebut akan dihantar hingga ke rumah anda untuk anda edarkan sendiri kepada fakir miskin yang mungkin teringin juga merasai nikmat daging ini,” kata Asia Harvest Agro.

Jadi tidak hairanlah bagi harga satu bahagian kurban wagyu ini adalah RM29, 999.00 bagi mereka yg berkemampuan dan memilih ternakan yg terbaik bagi korban mereka.

Untuk pengetahuan, daging wagyu terkenal dengan tekstur marbling yang unik. Marbling adalah lapisan lemak di antara daging yang memberikan rasa lemak dan enak apabila dimasak kepada daging tersebut.

Lemak tidak tepu ini memberi rasa yang penuh nikmat juga meninggikan nilai potongan daging tersebut. Marbling adalah petunjuk pada kualiti daging wagyu.

Semakin banyak marbling, semakin tinggi skor marbling dan semakin tinggi harga potongan daging tersebut. Marbling juga membuatkan daging ini cair dimulut dan lembut apabila dimakan.

Ternakan lembu Wagyu ini memerlukan penjagaan khas dan kesabaran. Untuk pembentukan yang sempurna, ternakan ini dibesarkan dengan teliti, mengurangkan tekanan terhadap ternakan sebanyak mungkin, dijaga oleh penternak yang pakar, dan diberikan diet khas.

Wagyu hanya diberi makan bijiran berkualiti tinggi, protein sayuran, dan makanan ternakan khas.

Diet khas ini menuntut kos yang agak tinggi berbanding ternakan lembu konvensional yang lain yang selalunya diberi makan jagung.-SM

(Visited 912 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button