Rencah Hidup

NGO baik pulih Tanah Perkuburan Tok Peduka

PELBAGAI cara boleh dilakukan bagi menghulurkan bakti kepada masyakat termasuklah membantu membaikpulih persekitaran perkuburan yang dilihat daif.

Barisan NGO bersedia melakukan khidmat masyarakat iaitu dari kiri Dr. Abdul Jalil, Nurul Husna, Dr. Nur Hasimah, Nur Sabrina dan Nor Hazirah di Tanah Perkuburan Tok Peduka Kangar.

Terpanggil atas dasar itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah turun padang bersama-sama menjalankan kerja-kerja membaikpulih di persekitaran Tanah Perkuburan Tok Peduka, Kangar, di sini.

Suara Merdeka difahamkan berlaku beberapa kerosakan pada bahagian tertentu di persekitaran tanah perkuburan ini.

PJJ UUM Sintok, Kedah menunjukkan paip air dan tempat gantung bekas siram yang siap di Tanah Perkuburan Tok Peduka di Kangar.

Antara kerosakan itu termasuklah pagar dan binaan tembok di tanah perkuburan ini yang dikatakan antara tertua di Perlis.

Anjing liar keluar masuk ke kawasan Tanah Perkuburan Tok Peduka Kangar.

Akibatnya anjing-anjing liar bebas keluar masuk ke tanah perkuburan ini sehingga menampakkan satu pandangan yang menjengkelkan.

NGO yang terlibat dalam program khidmat masyakat ini termasuk pelajar Program Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis dan Ibtisam Catering Mekah.

Pengurus Projek PJJ UUM, Sintok, Afizi Ahmad.

Barisan PJJ UUM diketuai oleh Pengurus Projeknya, Afizi Ahmad bersama tiga rakan iaitu, Nur Sabrina Samsuddin, Nor Hazirah Bahadun dan Nurul Husna Ahmad.

Turut hadir, Pengerusi PIBKS Prof. Madya Dr. Abdul Jalil Ramli dan Setiausahanyq, Prof. Madya Dr. Nor Hasimah Ismail.

Afizi berkata, setakat ini usaha membaikpulih paip air lama juga dah siap dan kini sudah boleh digunakan.

Tambahnya, selain itu disiapkan tempat juga untuk meletak bekas siraman.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja membersihkan pagar dan kawasan sekitar terus berjalan, cuma ia boleh dilakukan dihujung minggu sahaja. – SM

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button