Jenayah

Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah

Seorang lelaki yang tukar dalam rakaman TikTok kerana bersungguh-sungguh menyokong Israel melakukan keganasan didapati positif dadah morfin.

Penjawat awam berusia 31 tahun itu “telah ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu telah dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk direkodkan keterangan.

Ini kerana pihak polis telah menerima laporan berhubung rakaman video yang dimuatnaik suspek di aplikasi TikTok yang menyatakan sokongan beliau terhadap Israel sekali gus menimbulkan reaksi negatif masyarakat.

Afzanizar dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan ditahan rema selama dua hari bermula Rabu.

“Siasatan awal yang dijalankan suspek disyaki memuatnaik video itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988,” katanya.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini tular rakaman Tiktok berdurasi 59 saat oleh individu itu menggunakan nama @Pahlawan90 yang menyatakan sokongan kepada Israel sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.-SM

(Visited 719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button