JenayahNegeri

Lelaki mengamuk tunangannya minta putus: Seorang maut, tiga cedera

GARA-GARA putus tunang, seorang lelaki mengamuk dan mencederakan tiga sekeluarga kerana ditetak dan dalam kejadian yang berlaku di Kota Marudu, Sabah itu, seorang maut. Amukan lelaki itu tidak dapat dikawal kerana tunangnya meminta hubungan mereka diputuskan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam tadi, suspek bertindak nekad menetak ibu tunangnya, Habibah Abungon, 68, sehingga maut di rumahnya di Kampung Kuyuh, Pitas.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Mohd. Izaan Abdullah berkata, siasatan awal polis mendapati suspek yang berusia 29 tahun dikatakan telah pergi ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampungnya di Paitan.

Bagaimanapun, kata Mohd. Izaan, pelawaannya ditolak oleh wanita itu dan meminta agar pertunangan mereka diputuskan. Ekoran itu, suspek dipercayai bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan parang, kata Mohd. Izaan.

Dalam kejadian amuk itu, antara yang cedera ialah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Kesemua mereka yang cedera, kata Mohd. Izaan berusia 24 hingga 65 tahun.

Beliau berkata, ibu kepada tunang suspek, Habibah, meninggal dunia dalam posisi terlentang di dapur rumah.

Usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan dan tiga mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata Mohd. Izaan. – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button