JenayahNasional

Pihak pendakwaan akan menyoal balas Zahid hari ini

SELEPAS beberapa hari memberi keterangan membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan disoal balas oleh pihak pendakwaan pada ini (29 Jun).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan supaya pemeriksaan balas diteruskan pada hari Rabu, kerana beliau tidak mahu perbicaraan itu ditangguhkan.

“Tarikh (perbicaraan) saya padat. Kita teruskan,” kata hakim.

Pada awalnya, peguam bela Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik meminta pemeriksaan balas itu ditangguhkan, sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhan yang ditetapkan pada 7 Julai.

Hakim Sequerah berkata beliau tidak benarkan penangguhan prosiding sehingga beliau membuat keputusan mengenai permohonan penangguhan itu.

Hisyam kemudian meminta permohonan penangguhan didengar pada esok (Rabu 29 Jun 2022) dan berkata perlu ada pembelaan lengkap sebelum pemeriksaan balas untuk memberikan anak guamnya perbicaraan yang adil.

Timbalan pendakwa raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membantah permohonan itu didengar pada Rabu kerana pihak pendakwaan tidak bersedia, kerana tarikh telah ditetapkan pada 7 Julai dan mereka memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan.

Hakim berkata beliau perlu mengimbangi tuntutan kedua-dua pihak dan memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavitnya minggu ini, sambil menetapkan tarikh perbicaraan kepada 4 Julai.

Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding pembelaannya, sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuannya untuk mendapatkan salinan rekod kenyataan saksi pembela daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Ahmad Zahid berkata beliau dinasihatkan oleh peguamnya untuk mendapatkan salinan kenyataan yang direkodkan untuk memastikan wujudnya sokongan antara keterangannya dan keterangan mereka, supaya tidak menjejaskan haknya untuk perbicaraan yang adil.

Saksi-saksi itu termasuk anaknya Datuk Nurulhidayah, adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

9 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan keterangan 15 saksi daripada SPRM atas alasan ia boleh mendedahkan saksi kepada intimidasi, seperti diugut untuk memberikan keterangan yang berbeza daripada yang direkodkan kenyataan.

Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.

Artikel berkaitan > Kes Zahid Hamidi: Bekas SUB KDN terima 26,000 Riyal daripad Pengarah UKSB

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button