Luar NegaraRencah Hidup

Lelaki maut depan kubur isteri, gara-gara tak cukup duit nak kawin janda.

Seorang lelaki ditemukan mati di pusara isterinya oleh warga tempatan, selepas individu tersebut nekad membunuh diri dengan minum racun tikus.

Anak kepada mangsa Bima Prayuganing Santosa menjelaskan sejak kebelakangan ini bapanya menjadi pendiam dan enggan berkongsi masalah dan cerita bersama anak-anaknya.

Mayat bapanya ditemukan oleh penjaga tanah kubur, pada jam 5.30 petang dan terus melaporkan pada pihak polis serta keluarganya

Kejadian berlaku di Indonesia, Jawa Timur. Mangsa Andri Budi Santoso berumur 46 tahun, menurut anak mangsa bapanya mungkin tertekan kerana pihak keluarga janda Bernama Fitri meminta Rp 17 juta (RM5,040) untuk mengadakan majlis resepsi mereka pada 3 julai.

Polis menemui 1 bungkus ubat nyamuk, 2 bungkus bekas racun tikus, 1 bungkus sisa ubat nyamuk cair, 1 gunting, selipar dan juga bekas muntah mangsa.

Difahamkan, mangsa menemui cinta baru selepas isterinya meningal dunia akibat wabak Covid-19 pada 20 julai tahun lalu.

 

(Visited 617 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button