Mahkamah

Lelaki dipenjara 4 tahun raba anak jiran

Gara-gara meraba anak jiran berusia 12 tahun seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini hari ini.

Tertuduh berusia 48 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh
jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di dalam sebuah rumah di Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 11.00 malam 2 Oktober lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan namun pendakwaan yang
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman berat mengambil kira faktor usia mangsa.


Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak Mahkamah kemudian menjatuhkan empat tahun penjara dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Oktober 2022. – SM

(Visited 23 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button