Nasionalpilihan

Lebih 20 juta dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi PICK

Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, angkat tersebut adalah jumlah keseluruhan melibatkan suntikan dos vaksin pertama dan kedua.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19Cmereka,” katanya

Sementara itu, bagi vaksinasi harian pula katanya, sebanyak 512,097 dos diberikan semalam yang mana 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua. -SM


(Visited 20 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button