Nasional

Penyelidik UPSI, UNITEN, Kolej INTI bantu pelajar perempuan b40 ceburi bidang kejuruteraan

Akademia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjayakan program “I am a Girl; I am an Engineer” baru-baru ini melibatkan peserta seramai 20 guru wanita yang mengajar subjek Sains and Matematik di Sekolah Menengah di sekitar Bandaraya Ipoh, Perak.

Pengarah program, Prof Madya Ts. Dr. Balamuralithara Balakrishnan, berkata sekolah itu dipilih berikutan majoriti pelajarnya adalah daripada golongan B40.

Beliau berkata program ini memberi fokus kepada guru wanita untuk menjadi “role model” kepada pelajar perempuan daripada keluarga B40 untuk menjadi seorang jurutera.

Melalui konsep “role model” oleh guru wanita ini, katanya, ia dapat memberikan inspirasi dalam membina jati diri yang kuat dalam menceburi diri dalam bidang kejuruteraan dikalangan pelajar perempuan miskin bandar khususnya.

Sebahagian daripada 20 guru wanita yang mengikuti program “I am a Girl, I am an Engineer” bersama dengan kumpulan fasilitator di Ipoh, Perak.

“Program ini sejajar dengan nilai Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri yang ingin melihat tiada siapa pun ketinggalan dalam arus kemajuan abad ke-21,” katanya.

Program itu dilaksanakan melalui dana penyelidikan Engineering Information Foundation yang berpusat di New York, Amerika Syarikat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang dipelopori oleh Prof Madya Ts. Dr. Balamuralithara Balakrishnan, bersama lima ahli akademik dari UPSI iaitu Dr. Aisyah Mohamed Sharif, Dr. Fardila Mohd Zahidee, Prof Madya Dr. Mohamed Nor Azhari Azman, Dr Mohd Ikhwan Hadi Yaacob, serta Dr Muhammad Fadhil Wong Abdullah.

Selain itu terlibat sama akademia dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ialah Dr. Chua Yaw Long, dan Choong Pooi Ying, manakala Ir. Mah Siew Kien dari Kolej INTI.

Beliau berkata program “I am a Girl; I am an Engineer” mengetengahkan beberapa aspek penting dalam mendidik guru wanita untuk menjadi “role model” kepada pelajar perempuan khususnya daripada golongan miskin bandar.

Menurut beliau peserta program, didedahkan dengan penglibatan wanita dalam kerjaya sebagai seorang jurutera, membawa inspirasi baru dalam kalangan pelajar perempuan untuk berjaya sebagai seorang jurutera menerusi konsep Design Thinking, modul aktiviti kreatif dan inovatif konsep kejuruteraan dalam subjek Sains dan Matematik dan Teknologi 3D Priniting dalam pendidikan.

Dr. Balamuralithara berkata konsep-konsep baharu yang diperkenalkan dapat membawa satu pembaharuan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas khususnya untuk matapelajaran Sains dan Matematik.

“Bengkel ini juga memberi aspirasi baharu dalam kerjaya seorang peserta iaitu seorang guru yang bukan sahaja menjadi pengajar tetapi menjadi “role model” kepada pelajar perempuan dalam menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan atau mana-mana kerjaya yang melibatkan STEM”, katanya.

Malah, ia menjadi satu platform menggunakan aplikasi sosial media telah diwujudkan untuk menghubungkan para peserta dan pelajar perempuan mereka dengan jurutera wanita profesional.

Katanya, para jurutera wanita profesional juga akan berkongsi pengalaman dan aktiviti-aktiviti sebagai seorang jurutera dan di samping itu berinteraksi dengan pelajar perempuan melalui aplikasi sosial media sehingga membawa satu keyakinan dan motivasi kepada pelajar perempuan untuk menjadi seorang jurutera pada masa hadapan.

“Kami yakin ia satu model kaedah baru dalam memumpuk minat terhadap kerjaya kejuruteraan di kalangan pelajar perempuan yang berasal daripada keluarga B40 malahan kejayaan mereka dapat membawa perubahan sosio-ekonomi keluarga pelajar tersebut untuk keluar daripada kemiskinan.

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button