Rencah Hidup

Lato-Lato diharamkan di tiga negara

KIRA-KIRA 50 tahun dahulu, permainan Lato-Lato ini pernah dimainkan oleh kanak-kanak.

Lato-Lato (dua biji bola bersaiz kecil yang diikat pada tali dan apabila dilagakan akan mengeluarkan bunyi) kembali popular dalam kalangan kanak-kanak.

Sebagaimana popular Lato-Lato ini, ada tiga negara yang mengharamkan permainan ini.

Amerika Syarikat
Lato-Lato wujud lama di Amerika Syarikat sekitar tahun 60an ke 70an. Pada tahun 1971 kerajaan mengharamkan permainan ini kerana mendatangkan kecederaan kepada ramai kanak-kanak.

Selain daripada itu, bunyi bising daripada permainan ini mengakibatkan masalah pendengaran kepada kanak-kanak. Silap haribulan, boleh pekak!

United Kingdom, England
Di England, Lato-Lato dianggap sebagai senjata walaupun ia adalah satu permainan.

Selain daripada itu juga terdapat rekod di negara tersebut, ada dalam kalangan kanak-kanak yang patah pergelangan tangan akibat bermain Lato-Lato.

Mesir
Di Mesir permainan Lato-Lato dikenali sebagai Sisi Ball. Permainan ini diharamkan pada tahun 2017 kerana dianggap menghina Presiden Mesir ketika itu, Abdul Fatah Al Sisi.

Ketika diharamkan permainan Lato-Lato ini, 41 pemilik kedai ditahan kerana menjual Lato-Lato.

Lato-Lato menggunakan dua biji bola keras diikat dengan seutas tali, di tengah-tengahnya ada sebentuk key-ring untuk dimasukkan jari pemain.
Cara memainkannya ialah dengan menghayunkan dua biji bola tersebut agar ia mengetuk antara satu sama lain sehingga berbunyi.

Tak kisahlah ia diayun secara perlahan-lahan atau momentum hayunannya itu laju-laju.
Jika tersalah ayun akan mengakibatkan kecederaan pada tubuh pemain. Silap haribulan, boleh terkena muka atau kepala!

Walaupun ada kalangan ibu bapa yang sanggup mengeluarkan wang semata-mata untuk mengelakkan anaknya ketagih dari gadjet namun tanpa pantauan orang dewasa Lato-Lato boleh mendatangkan kemudaratan. – SM

(Visited 5,685 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button